Sunnat-sunnat Dalam Sembahyang dan IktibarnyaThis is a featured page

Sembahyang Sunnat Qabliyah & Baadiyah
Sembahyang Qabliyah adalah dikatakan sebagai persediaan menghadapi Allah. Sebelum sembahyang Isyak misalnya, sembahyang Qabliyah adalah sebagai persediaan diri menghadapi Allah. Yang bermaksud, bermula sahaja kita mengangkat takbiratul ihram, maka terputuslah hubungan kita dengan manusia dan dunia fana ini. Kita seakan-akan sudah masuk ke dalam dewan Allah. Maka seharusnya kita tidak boleh lagi untuk bersembang dengan ahli-ahli jemaah yang ada, mahupun bertelefon dan sebagainya.Kerana kita ibarat sudah bersama dengan Allah. Kita sudah menyerah diri kepadaNya. Jika kita masih mahu bersembang dengan rakan, maka apa ertinya sembahyang Qabliyah tadi?
Sembahyang Baadiyah adalah penutup kepada penyerahan diri kita. Maka kita akan menghadir diri bersama dengan manusia semula. Dalam kata lain, sebelum kita melakukan sembahyang sunnat Baadiyah, kita masih berada dalam dewan Allah. Jadi tidak sepatutnya kita berhubung dengan manusia lain atau dengan dunia kita. Iktibar: Contoh: Sebaik sahaja kita masuk dewan mesyuarat, kita sudah bersama Pengerusi. Kita harus memutuskan hubungan kita dengan orang lain di luar sana. Kita sudah matikan telefon bimbit kita, kita tidak lagi berbuat sesuatu yang tiada kaitan dengan mesyuarat. Jika ini diamalkan, alangkah cantiknya peribadi seseorang Muslim. Apakah komen anda?


cikguyb
cikguyb
Latest page update: made by cikguyb , Mar 8 2008, 10:31 PM EST (about this update About This Update cikguyb Edited by cikguyb

9 words deleted

view changes

- complete history)
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.

Related Content

  (what's this?Related ContentThanks to keyword tags, links to related pages and threads are added to the bottom of your pages. Up to 15 links are shown, determined by matching tags and by how recently the content was updated; keeping the most current at the top. Share your feedback on Wetpaint Central.)